Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan Datuk Bandar Mustapha di Kuching, malam tadi. Foto IPD Kuching

Lelaki maut, motosikal ditunggang langgar pokok

KUCHING, 5 Nov: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, motosikal ditunggang mangsa berusia 30-an datang dari arah Jalan Pending menuju ke Jalan Datuk Stephen Yong dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi sebelah kanan jalan.

“Mangsa telah dihantar oleh pihak ambulans ke unit kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 1.35 pagi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Shazwina Alfera Ah Yit @ Suaip di talian 016-7433078 / 082-259900 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain agar selamat sampai ke destinasi,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan