Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin ketika melawat lokasi kebakaran di Miri hari ini. Foto TVS

Kim Shin suarakan rasa sedih kebakaran ragut nyawa remaja wanita di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 5 Nov: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyuarakan rasa sedih atas kejadian kebakaran yang meragut nyawa seorang remaja wanita  warganegara China di Taman Grand Park di sini,  awal pagi tadi.

“Saya telah menerima laporan mengenai satu kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Grand Park. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak bomba, kebakaran ini sangat menyedihkan kerana seorang mangsa ditemui rentung.

“Saya juga telah berhubung dengan Jabatan Kebajikan serta Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk memastikan bantuan dapat disalurkan secepat mungkin, difahamkan bahawa hanya tiga orang tinggal di rumah ini, iaitu mangsa dan ibu bapanya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kim Shin turut menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan spekulasi sementara menunggu keputusan rasmi siasatan berhubung kes itu.

“Bagi memastikan siasatan teliti, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Bomba Sarawak di Kuching bersama unit K9 telah dikerahkan untuk mengesan punca sebenar kebakaran yang memusnahkan rumah mangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Mohamad Hamdani Madon berkata, operasi pemadaman dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Mohamad Hamdani Madon ketika melawat tempat kejadian kebakaran di Miri, hari ini. Foto TVS

“Untuk kebakaran tersebut, anggaran kerosakan adalah sekitar 70 peratus daripada keseluruhan bangunan. Rumah bersebelahan hanya terjejas sedikit akibat kesan haba kebakaran dari rumah yang terbakar.

“Alhamdulillah, operasi pemadaman berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kami juga berjaya mengurangkan penggunaan air bagi memudahkan pasukan forensik melakukan siasatan lanjut tanpa sebarang pencemaran air di kawasan tersebut,” katanya.

JBPM Sarawak kini bekerjasama erat dengan pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan aspek siasatan dan pengurusan jenazah mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan