Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Jalan Raya Se-Malaysia ke-12 dan Kongres Serantau Federasi Antarabangsa Asia-Pasifik ke-5, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. Foto Amirah Shawel (TVS)

Kerajaan galak pemain industri cipta penyelesaian inovatif atasi isu banjir

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Kerajaan bersedia memberi galakan kepada pemain industri dan syarikat luar untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi mengatasi isu banjir di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya terbuka untuk menerima cadangan berkenaan sekiranya produk atau kaedah yang dibangunkan itu terbukti berkesan.

“(Sebagai contoh hari ini) Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat (untuk membangunkan penyelesaian) dalam mengawal dan menangani masalah banjir secara umum, ini merupakan produk baharu.

“Kita berharap dengan MoU berkenaan, sekiranya berlaku banjir pada masa akan datang, mereka boleh buktikan produk atau penyelesaian itu berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Jalan Raya Se-Malaysia ke-12 dan Kongres Serantau Federasi Antarabangsa Asia-Pasifik ke-5, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sementara itu, Alexander Nanta memaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menggerakkan Bilik Pergerakan Banjir sebagai langkah bersiap siaga untuk menghadapi dan menangani masalah banjir.

“Kementerian memang selalu pastikan kesiapsiagaan menangani masalah banjir ini.

“Bilik itu dilengkapkan dengan alat dan sistem yang membantu kita untuk memantau banjir dan menggerakkan pasukan di peringkat daerah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan