Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksesais ini merupakan latihan tahunan di antara TDM dan TNI-AD bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan, doktrin serta taktik, teknik dan prosedur dalam operasi infantri. Foto ATM

Anjakan diplomasi pertahanan TDM dan TNI-AD diperkukuh

KUCHING, 5 Nov: Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd), Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar dan Komandan Briged Infantri 19/Khatulistiwa (Brigif 19/KH) Kolonel Arief Wicaksana telah menyempurnakan pembukaan Eksesais LATMA KEKAR MALINDO Siri 47AB/2024 di Markas Komando Brigif 19/KH, Singkawang, Indonesia pada Sabtu.

Sel Risik Markas 3 Briged dalam kenyataan berkata, Latihan Bilateral diantara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI-AD) itu melibatkan pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) mewakili 3 Briged dan Batalyon Infantri 645/Ghardatama Yudha (Yonif 645/GTY) mewakili Brigif 19/KH.

“Eksesais ini merupakan latihan tahunan di antara TDM dan TNI-AD bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan, doktrin serta taktik, teknik dan prosedur dalam operasi infantri.

“Acara pembukaan dimulakan pemeriksaan perbarisan dan upacara pemakaian toha kepada peserta eksesais. Eksesais ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu Latihan Silang (CrossTraining Exercise) di Komando Didik Bela Negara (RINDAM) XII/TPR, Latihan Menembak Peringkat Seksyen di Lapang Sasar RINDAM XII/TPR dan fasa latihan medan FTX (CIW) di kawasan am Sanggau Kulor,” kata kenyaatan itu.

Pelaksanaan eksesais bilateral ini selaras dengan Teras Kelima Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan yang mempertingkatkan usaha dalam aspek latihan bersama negara-negara sahabat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan