Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Webinar penjagaan Alzheimer dijadualkan pada 9 November 2024, bermula jam 8 malam.

Ambil peluang cara urus pesakit Alzheimer

ByWilly Jali

KUCHING, 5 Nov: Orang ramai khususnya penjaga pesakit Alzheimer disaran merebut peluang menyertai sesi webinar Sokongan Komuniti, Kesejahteraan Mental dan Peranan Wanita Dalam Penjagaan Alzheimer bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengurus keperluan harian serta tingkah laku pesakit.

Webinar yang dikendalikan pakar perubatan seperti Dr. Sally Suriani Ahip dan Dr. Azizah Saie itu bakal memperkasa peserta dengan strategi kehidupan sebenar yang akan mengubah perjalanan penjagaan pesakit Alzheimer dan peranan wanita sebagai penjaga.

Menerusi satu kenyataan, antara kandungan utama webinar ini termasuklah menguasai peranan wanita sebagai penjaga, cabaran yang dihadapi pesakit Alzheimer dan kepentingan mereka dalam penjagaan Alzheimer.

Belajar petua urus pesakit Alzheimer

“Ia menyediakan sokongan dan panduan sepanjang perjalanan penjagaan dan penjagaan Alzheimer dalam kalangan wanita. Selain itu, berkongsi mengenai cabaran khusus yang dihadapi mereka.

“Di samping itu, peserta boleh mempelajari dengan lebih mendalam tentang strategi untuk memupuk dan meningkatkan kesihatan mental. Webinar turut diisi dengan perkongsian mengenai kesedaran awam dalam mengubah persepsi tentang Alzheimer,” tambah kenyataan itu.

Belajar petua urus pesakit Alzheimer

Orang ramai yang berminat untuk menyertai webinar tersebut boleh mendaftar secara percuma di pautan https://bit.ly/Alzheimer2024 atau imbas kod QR yang tertera.

Sesi webinar itu dijadualkan pada 9 November 2024, bermula jam 8 malam.

Manakala sesi soal jawab selama 30 minit akan dilangsungkan sejurus selepas sesi perkongsian tamat.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan