Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1,073 graduan prasiswazah dirai pada hari kedua Konvokesyen UNIMAS ke-28 di Kota Samarahan, hari ini. Foto UNIMAS

1,073 graduan dirai pada hari kedua Konvokesyen UNIMAS ke-28

ByNur Suhaida Muliyono

KOTA SAMARAHAN, 5 Nov: Seramai 1,073 graduan prasiswazah dirai pada hari kedua Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-28 hari ini, yang terbahagi kepada dua sidang.

UNIMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata sidang kedua pada sebelah pagi menyaksikan seramai 485 graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunanan Manusia serta 67 graduan dari Fakulti Alam Bina menerima penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

Manakala sidang ketiga pada sebelah petang pula melibatkan penganugerahan sama kepada 521 graduan daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Kedua-dua sidang berkenaan disempurnakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Untuk rekod, Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28 menyaksikan seramai 3,938 pelajar menerima skrol masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian termasuk Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, melibatkan 3,321 graduan prasiswazah dan 617 graduan pascasiswazah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putar (DeTAR Putra), UNIMAS itu telah dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada hari pertama, 4 November.

Majlis tersebut dijangka berlangsung selama empat hari dan dijangka tamat pada Khamis, 7 November. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan