Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan mesin hemodialisis untuk kegunaan Hospital Limbang. Foto TVS

Tiada istilah suka sama suka hubungan intim membabitkan golongan bawah umur

LIMBANG, 4 Nov: Tiada istilah suka sama suka untuk pelaku kesalahan seksual terhadap golongan bawah umur yang boleh dituduh sebagai jenayah rogol statutori.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persetujuan golongan bawah umur melakukan hubungan intim tidak boleh dianggap sebagai kerelaan.

“Mesej yang perlu kita ingat kepada semua, sekiranya si pelaku itu dengan katanya dia setuju tapi kalau kanak-kanak itu bawah 16 tahun, maka itu adalah rogol statutori.

“Kalau dikatakan kanak-kanak itu bersetuju suka sama suka, itu tidak boleh dan pertuduhan boleh dibuat di bawah rogol statutori, ini yang kita ingatkan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis Kepada Hospital Limbang di Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang hari ini.

Turut sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengarah Hospital Limbang Dr Nur Ain Yahya.

Fatimah berkata lagi kes pembuangan bayi yang berlaku di Sarawak merupakan satu tragedi dan menyedihkan kerana melibatkan nyawa.

Jelasnya kementeriannya melaksana program Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) yang menumpukan kepada pelajar sekolah susulan berlakunya kes hamil membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Melalui pelaksanaan program itu didapati berlaku penurunan kes hamil membabitkan bilangan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah sepanjang tahun lepas.

Bagaimanapun katanya kes hamil membabitkan kanak-kanak bawah umur meningkat semula tahun ini apabila dua kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang Oktober lepas yang berlaku di Lawas dan di Sibu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan