Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Teknologi Sarawak (UTS) merupakan salah sebuah universiti milik Kerajaan Sarawak. Foto fail, Bernama.

Sarawak mansuh sistem kuota ke IPT, wajar dicontohi negeri lain – Zaid Ibrahim

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Keputusan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan sistem merit bagi pengambilan pelajar keĀ institusi pendidikan tinggi (IPT) milik mereka disifatkan sebagai langkah berani.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata langkah berkenaan juga wajar diikuti oleh negeri-negeri lain yang memiliki IPT sendiri.

Zaid berkata, sudah tiba masanya negara melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan.

ā€œJika kita boleh bermula tanpa kuota dalam pendidikan tinggi, kita (juga) boleh perlahan-lahan memperkenalkan dasar berasaskan merit dalam sektor lain (namun) kebimbangan pelajar luar bandar dan miskin untuk bersaing secara adil mesti ditangani.

ā€œBeri mereka lebih banyak biasiswa, yuran pengajian dan sebagainya, tetapi pelajar mesti sedar bahawa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh untuk diterima masuk ke universiti.

ā€œMengapa mereka perlu bekerja keras jika mereka tahu mereka boleh didaftarkan dengan gred yang lebih rendah? Kita semua dilahirkan dengan kebolehan, sikap, dan nilai yang berbeza,ā€ katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Sarawak memutuskan kemasukan pelajar ke lima universiti milik kerajaan negeri iaitu Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Swinburne, Universiti Curtin Malaysia, Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs) akan menggunakan sistem merit.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, meskipun kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk pelajar di negara ini, namun ia tidak menjadi tanggungjawab untuk menjamin hasil tertentu dalam semua usaha.

“Tugas kerajaan adalah untuk memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah jika mereka bekerja keras.

ā€œMatlamat keseluruhannya adalah untuk membolehkan individu yang berkebolehan mendapat manfaat daripada usaha tersebut,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan