Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, ekoran dolar AS lemah dengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3780/3835 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mungkin mengalami dagangan tidak banyak berubah kerana pasaran bersedia untuk minggu yang sibuk.

Beliau berkata tumpuan kini beralih pepada Pilihan Raya Presiden AS yang ditetapkan pada 5 November

“Wujud juga kekecewaan terhadap data pasaran buruh bagi Oktober, yang jauh lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas minggu ini.

“Oleh itu, tinjauan jangka masa pendek bagi ringgit masih kekal dengan keadaan secara berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Pada pagi ini, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.7511/7641 daripada 4.7532/7592 namun, turun sedikit berbanding pound British kepada 5.6605/6760 daripada 5.6502/6573 ketika ditutup Jumaat lepas.

Unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.8693/8776 daripada 2.8652/8690.

Selain itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.6 daripada 278.2/278.7, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 semasa ditutup Jumaat lepas.

Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8897/12.9377 daripada 12.9103/9322, namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3056/3149 daripada 3.3054/3098. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan