Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat. Foto fail Bernama

Promosi sukan permotoran, jadual laksana Sabah Sarawak Link Road tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai usaha kerajaan mempromosikan sukan permotoran dalam kalangan belia serta status dan jadual pelaksanaan Sabah Sarawak Link Road pada masa ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web Parlimen, Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan inisiatif untuk mempromosikan sukan permotoran dalam kalangan anak muda, termasuk peruntukan dana bagi pembinaan litar permotoran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.

Seterusnya sesi persidangan menyaksikan Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan laluan serta status dan jadual pelaksanaan Sabah Sarawak Link Road pada masa ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor turut mengemukakan soalan kepada Menteri Kerja Raya mengenai rancangan kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), termasuk sama ada terdapat perancangan untuk membina laluan alternatif ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur.

Usai sesi soal jawab, persidangan akan diteruskan dengan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang memasuki hari ketujuh hari ini.

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi perbahasan peringkat dasar, yang akan diikuti oleh sesi penggulungan oleh menteri dari setiap kementerian selama empat hari bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari, bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan