Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lepas. Foto hiasan Envato

Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT

ByBernama

SEREMBAN, 4 Nov: Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan semalam.

“Sewaktu kejadian itu, kita berjaya menenteramkan keadaan. Kelima-lima lelaki dipercayai penyokong NSFC dan polis turut mengenal pasti beberapa individu lain disyaki terlibat dalam insiden tersebut dan sedang berusaha mengesan serta menangkap individu yang masih bebas,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh di tempat awam atau melakukan khianat.

Mohd Rosli berkata video berdurasi 1.02 saat yang memaparkan kekecohan itu turut tular di media sosial dan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang atau membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran masyarakat.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033 222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Ikhmal Helmi di talian 013-4519 829. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan