Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Foto fail Bernama

Parlimen: Projek SSLR Fasa 1 capai 38 peratus, dijangka siap Nov 2026

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 1 kini mencapai 38 peratus pelaksanaan setakat September 2024.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis projek berkenaan mampu disiapkan menjelang November 2026.

“Projek SSLR Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada bulan Ogos 2021.

“Jajaran projek bermula di Kampung Gelugus, Lawas sehingga Persimpangan
Long Lopeng dengan anggaran panjang 77 km,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau di Parlimen hari ini.

Jelasnya, pakej tersebut termasuk Mulu ke Long Seridan (60km); Long Seridan ke Nanga Medamit (101km); Long Lopeng ke Long Komap, Ba’kelalan (63km) serta Rumah Aling ke Long Merarap (96km).

Sementara itu, Ahmad memjelaskan projek SSLR Fasa 2 telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada bulan Mac 2024.

Projek berkenaan telah mendapat kelulusan pada tahun 2023.

“Projek ini melibatkan empat pakej dan jajaran sepanjang anggaran 322 km.

“Status terkini bagi projek ini adalah sedang di peringkat pengambilan balik tanah oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak dan pembersihan tapak oleh kontraktor di beberapa kawasan yang telah selesai urusan pengambilan tanah,” katanya.

Mengulas lanjut, tempoh pelaksanaan Projek SSLR Fasa 2 dijangka mengambil masa selama 5 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan