Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni menjawab soalan berkenaan pelaksanaan Skim Pelanjutan Waktu Operasi (EH) di klinik kesihatan di Dewan Negara hari ini. Foto arkib Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: Peruntukan RM 87.1 juta beli SGLT2 tahun depan, manfaat 280,230 pesakit diabetes 

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan sejumlah RM 87.1 juta bagi membeli perencat sodium-glucose cotransporter-2 (SGLT2) bagi risiko penyakit jantung dalam kalangan penghidap diabetes.

Timbalan menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata inisiatif di bawah Belanjawan 2025 itu bakal dimanfaatkan seramai 280,230 pesakit diabetes seluruh negara.

“SGLT2 ini merupakan sejenis agen antidiabetik yang mempunyai fungsi perlindungan kepada jantung dan buah pinggang,” katanya.

Ahli Parlimen Sibuti itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran A/L Ramaraj di Parlimen hari ini.

Menurutnya ketika ini pengguna SGLT2 adalah sekitar 3,000 orang pesakit setakat ini.

Dalam pada itu, Lukanisman mengakui kos rawatan khusus untuk penyakit diabetes di Malaysia adalah sangat tinggi dan terus meningkat dari tahun ke tahun. 

“Peningkatan ini disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk jumlah pesakit diabetes yang kian bertambah, keperluan infrastruktur, pemeriksaan makmal, rawatan berterusan seperti ubat-ubatan, serta komplikasi jangka panjang yang memerlukan rawatan khusus seperti dialisis untuk kegagalan buah pinggang,” ujarnya.

Justeru itu, katanya kerajaan turut meningkatkan peruntukan hampir RM 50 juta untuk rawatan dialisis peritoneal (PD).

“Walaupun kaedah ini (PD) tidak sama seperti rawatan dialisis tetapi penggunaan dapat diperluaskan terutama sekali di kawasan-kawasan terpencil yang tidak mempunyai pusat-pusat dialisis,” jelasnya.

Lukanisman menambah KKM juga mahu masyarakat turut serta dalam Kempen ‘War On Sugar’ yang merupakan inisiatif terbaik untuk kita menurunkan kadar gula dalam tubuh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan