Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Keterjamiman Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia ditubuh secara prinsip

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM) telah dipersetujui secara prinsip, kata Menteri Pertanian dan Keterjamiman Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya Analisis Impak Peraturan (RIA) kini dilakukan bagi melaksanakan cadangan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November 2023 itu.

“Langkah melaksanakan kajian ini selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 – Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan.

“Hasil kajian dijangka akan dikemukakan kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan Mac 2025,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi berkaitan penubuhan lembaga kelapa negara pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam menjawab soalan tambahan mengenai kebergantungan terhadap bekalan kelapa import, Mat Sabu memberi jaminan bahawa bekalan itu tidak akan melebihi 30 peratus.

“Pengeluaran kelapa di Malaysia ini masih berada di sekitar 70 peratus. Kadangkala berlaku lambakan yang menyebabkan harga kelapa tempatan menjadi rendah.

“Kerajaan sedang berusaha supaya ketika berlaku lambakan hingga menyebabkan harga kelapa tempatan menurun, kita harap kelapa itu tidak dijual dalam bentuk biji, namun diproses untuk dijadikan santan dan juga produk daripada kelapa itu dapat diperbanyakkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan