Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu. Foto fail Bernama

Parlimen: KPKT gesa semua PBT memiliki arborist bertauliah

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai sekurang-kurangnya seorang arborist yang bertauliah menjelang 2030.

Timbalan menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata terdapat keperluan mendesak untuk menambah bilangan arborist bagi memperkasakan aspek pengurusan dan penyelenggaraan pokok-pokok di kawasan perbandaran negara ini.

“Sebanyak 89 PBT daripada 156 PBT mempunyai Jabatan atau Unit Landskap yang berfungsi untuk menguruskan pembangunan landskap bagi memastikan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan pokok dijalankan secara berterusan.

“Daripada angka ini, hanya 18 pegawai sahaja di 11 PBT yang telah ditauliahkan sebagai arborist dan masih aktif berkhidmat,” katanya semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Dato Shamshulkahar Mohd Deli berkenaan langkah kementerian bagi menambah baik pengurusan landskap bagi mengurangkan insiden pokok tumbang.

Athirah berkata bagi PBT yang tidak mempunyai Jabatan atau Unit Landskap yang khusus, fungsi tersebut dilaksanakan oleh unit teknikal yang berkaitan.

Jelasnya, punca insiden pokok tumbang berlaku adalah disebabkan oleh pokok-pokok yang telah tua di kawasan perbandaran.

Bagi menangani masalah itu, pegawai-pegawai PBT turut menjalani kursus-kursus dan latihan yang berkaitan.

“Sebagai jaminan dan komitmen kementerian, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara bersama dengan pihak PBT sentiasa mengambil langkah waspada dalam menyelenggara pokok-pokok di kawasan perbandaran dengan pematuhan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172].

“Namun, menurut Seksyen 35H, semua pokok yang mempunyai lilitan melebihi 0.8 meter tidak boleh ditebang kecuali dalam keadaan tertentu dengan izin pihak PBT seperti pokok yang hampir mati atau telah mati dan dalam situasi yang boleh mendatangkan bahaya,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan