Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: 524 menara komunikasi baharu siap dibina termasuk di Julau

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Sebanyak 524 daripada 902 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata daripada jumlah tersebut, lima menara komunikasi baharu telah dibina di kawasan Parlimen Julau.

“Selain itu, 43 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf, 952 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan 46 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan internet Broadband Wireless Access (BWA) di bawah inisiatif Pelan Jendela Fasa 1.

“Kesemua inisiatif ini sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2025,” katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng berhubung lokasi yang memerlukan peningkatan sambungan internet dan usaha kementerian untuk memperbaiki sambungan internet yang lemah.

Katanya, sambungan internet di 19 lokasi telah dipertingkatkan melalui pembinaan menara baharu di samping 25 buah menara dalam peringkat pelaksanaan di bawah inisiatif SMART 600 oleh Kerajaan Sarawak di Parlimen Julau.

Dalam pada itu, Teo memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk direct to device yang menggunakan teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO) bagi menambah baik liputan internet di seluruh negara.

“Berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dan dapatan oleh MCMC mengenai isu liputan yang dihadapi serta perancangan berterusan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam JENDELA Fasa 2 kelak,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan