Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hanifah menekankan bahawa kementerian komited melaksanakan langkah sewajarnya bagi meningkatkan penyertaan pelbagai kaum ke dalam program IPR terbabit. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: 16.2 peratus etnik Sabah dan Sarawak miskin, B40 lulus IPR

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Sejumlah 16.2 peratus etnik Sabah dan Sarawak daripada 2,536 golongan sasar miskin tegar, miskin dan B40 diluluskan menyertai tiga inisiatif di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) setakat ini, kata Datuk Hanifah Hajar Taib.

Timbalan Menteri Ekonomi itu berkata tiga inisiaitif terbabit merangkumi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Hanifah menekankan bahawa kementerian komited melaksanakan langkah sewajarnya bagi meningkatkan penyertaan pelbagai kaum ke dalam program IPR terbabit.

“Daripada jumlah itu ia juga merangkumi 79.9 peratus adalah kaum Melayu, India (2.2 peratus), Cina (satu peratus), Orang Asli (satu peratus) dan Siam (0.4 peratus),” katanya.

Hanifah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan A/L Subramaniam di Dewan Rakyat hari ini berhubung pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. 

Ahli Parlimen Mukah itu menambah IPR merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan kementeriannya di bawah setiap kategori menerusi pecahan kaum.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan