KUALA LUMPUR, 4 Nov: Malaysia menerima kedatangan seramai 1,216,809 pelancong dari Thailand setakat September 2024, kata Tourism Malaysia.
Bagi tempoh sama juga, seramai 265,068 pelancong dari Vietnam turut direkodkan memasuki negara ini.
Kerjasama MTCP, UN Tourism percepat pembangunan pelancongan Sarawak
Agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu berkata, mereka akan terus menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ASEAN.
“AirAsia baru-baru ini telah melaksanakan penyambungan semula penerbangan terus menghubungkan Da Lat, Vietnam ke Kuala Lumpur bermula 1 November lepas selain memperkenal laluan baharu Chiang Rai ke Kuala Lumpur bermula 2 November.
“Perkhidmatan baharu ini menunjukkan dedikasi syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan ketersambungan serantau, menjadikannya lebih mudah bagi pelancong untuk meneroka Malaysia dan Asia Tenggara,” kata Tourism Malaysia menerusi kenyataan media.
Penerbangan langsung Chiang Rai ke Kuala Lumpur itu beroperasi tiga kali seminggu sekali manakala penerbangan terus Da Lat ke Kuala Lumpur akan beroperasi empat kali seminggu. -TVS.