Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia Datuk Seri Huang Tiong Sii berucap pada Persidangan Aerosol Asia ke-13 (AAC) 2024. Foto TVS

Langkah proaktif capai kualiti udara lebih baik

ByWilly Jali

KUCHING, 4 Nov: Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan (NCAAP) 2025-2040, yang dibangunkan daripada Pelan Tindakan Udara Bersih 2010 yang terdahulu bagi menangani cabaran berkaitan kualiti udara di Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif bagi memacu usaha ke arah mencapai kualiti udara lebih baik melalui kerjasama pelbagai pihak.

“Pelan ini direka untuk meningkatkan kualiti udara di Malaysia dan berfungsi sebagai dokumen panduan yang bertujuan memacu usaha yang bersatu dan menyeluruh ke arah mencapai kualiti udara lebih baik.

“Pembangunan NCAAP 2025–2040 melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, sektor swasta, pemain industri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sebagainya,” katanya pada Persidangan Aerosol Asia ke-13 (AAC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Bertemakan Mensinergikan Sains, Teknologi, Dasar dan Amalan Aerosol Ke Arah Penyelesaian Mampan, beliau berkata, ACC 2024 merupakan platform berkongsi ilmu, bertukar kepakaran dan membentangkan penemuan penyelidikan terkini dalam sains aerosol untuk menangani cabaran iklim global.

Menurutnya, kesan urbanisasi yang berlaku pesat di Malaysia juga memberi kesan ketara terhadap perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar di kawasan bandar.

“Peningkatan kepekatan aerosol pada atmosfera yang disebabkan pembakaran biojisim dan pembakaran bahan api fosil turut memberi impak kepada isu iklim di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Asia Tenggara diiktiraf sebagai salah satu wilayah yang paling terdedah di dunia terhadap perubahan iklim disebabkan oleh bidang aerosol yang kompleks hasil daripada kepelbagaian permukaan daratan serta meteorologi dan hidrologi yang rumit,” ujarnya.

Sementara itu, ACC 2024 kali ini menghimpunkan lebih 400 pakar yang terdiri daripada saintis, pemimpin industri, agensi kerajaan dan pembuat dasar dari 36 negara menghadiri persidangan yang berlangsung dari 3 hingga 7 November.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih (MyCAS) Dr Noor Zaitun Yahaya dan Presiden Asian Aerosol Research Assesmbly (AARA) Chih-Chieh Chen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan