Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Komander Pengawal Revolusi Iran sahkan operasi baharu terhadap Israel

ByBernama

TEHRAN, 4 Nov: Seorang komander kanan Iran mengulangi ancaman serangan ketenteraan baharu terhadap Israel tetapi enggan berkongsi butiran lanjut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Agensi Berita Tasnim pada Ahad.

Agensi berita itu yang dilihat berkaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran melaporkan bahawa Ali Fadavi memberitahu pemberita di Tehran pada Ahad bahawa operasi baharu pasti akan dilaksanakan.

“Tidak mungkin untuk mengulas mengenai butirannya,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan amaran serupa yang dibuat pada Sabtu oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan