Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU. Foto TVS

KJM bantu bangunkan komuniti bijak

KUCHING, 4 Nov: Kejiranan Mesra (JKM) bertanggungjawab membangunkan komunti bijak secara terancang, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata, kewujudan KJM yang diilhamkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) adalah untuk membantu komuniti bergerak seriring.

Menurutnya, ia secara tidak langsung membina komuniti progresif dan membangun secara holistik.

“Penglibatan ahli KJM dalam bengkel adalah untuk memastikan proses pemerkasaan dapat dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU di sini, hari ini.

Pada masa sama Dr. Abdul Rahman turut menggesa peserta bengkel tersebut untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh bagi memperkasa KJM masing-masing.

“Penglibatan dalam bengkel seperti ini dapat membantu KJM bergerak seiring dengan DBKU bagi merancang aktiviti termasuk sukan, riadah dan keusahawanan,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 54 peserta yang terdiri daripada Pengerusi KJM menyertai Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmu Othman dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan DBKU Rudzaimeir Malek.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan