Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Adam Adli. Foto: TVS

KBS peruntuk RM7.4 juta bangunkan sukan bermotor tahun ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Kementerian Belia Dan Sukan memperuntukkan sejumlah RM7.4 juta untuk pembangunan sukan bermotor di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan menterinya, Adam Adli Abd Halim mendedahkan peruntukan berkenaan 

merangkumi perbelanjaan mengurus, dana sukan komuniti, Geran Padanan Sukan dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara. 

“Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan program-program pemerkasaan merangkumi penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan seperti minibike dan pushbike serta latihan kemahiran asas perlumbaan GoKart, Rally, Drift, Cub Prix, Pocket Bike dan Motorcross. 

“Selain itu, turut dilaksanakan Bengkel Pemurnian Modul Disiplin Sukan Enduro, Kursus Marshal dan Kursus Pemanduan Selamat,” katanya.

Adam berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Dato’Taib Azamudden berhubung inisiaitf kementerian mempromosikan sukan permotoran di negara ini di Parlimen hari ini.

Menurutnya sebanyak 13 siri kejohanan kebangsaan dan antarabangsa bagi mempromosikan sukan bermotor turut dilaksanakan di Sepang International Circuit iaitu SIC Ohvale Junior 2024, Malaysia Championship Series 2024 dan Malaysia Superbike Championship. 

“Kementerian berhasrat untuk memberi fokus kepada pembangunan kemudahan sukan motocross di seluruh negara melalui kerjasama dengan kerajaan negeri,” ujarnya.

Sebagai permulaan, kata Adam kementerian telah memperuntukkan RM400,000 kepada Majlis Sukan Negeri Perlis untuk menaik taraf Litar Motorcross di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Sementara itu, KBS katanya turut memohon Belanjawan 2025 memperuntukkan dana bagi pelaksanaan program Pembangunan Sukan Bermotor melibatkan KLAS Kapcai, KLAS Motocros dan penganjuran perlumbaan dan juga Geran Khas kepada negeri bagi naik taraf litar motocros. 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan