Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Di usia 76, Ernest Chai buktikan semangat pembelajaran sepanjang hayat

KOTA SAMARAHAN, 4 Nov: Dalam kalangan ratusan graduan muda di Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28, sosok Ernest Chai Oi Khun, seorang pesara berusia 76 tahun, tampil mencuri perhatian.

Dengan penuh semangat dan dedikasi, beliau menerima ijazah Sarjana dalam Pengurusan Teknologi Maklumat menjadikan ini ijazah sarjana keduanya setelah memperoleh Sarjana pertama dari University of Edinburgh, Scotland.

Ketika ditanya apa yang mendorongnya kembali ke bangku universiti, Ernest menjelaskan, minat terhadap teknologi maklumat serta gemar meningkatkan ilmu pengetahuan.

“Saya minat dalam bidang IT dan suka mencari ilmu. Tiada had untuk belajar, saya percaya pada pembelajaran sepanjang hayat.

Walaupun latar belakang saya dalam bidang perhutanan, ini adalah cabaran yang menarik buat saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Graduasi dan Konvokesyen UNIMAS Ke-28 di Kota Samarahan, pada Isnin.

Dengan peralihan drastik dari bidang perhutanan ke dunia teknologi, Ernest menekankan bahawa pembelajaran tidak pernah mengenal batas usia atau disiplin.

Ernest mengakui perjalanan menuntut ilmu ini mencabar tetapi memuaskan dan akses internet kini menjadikan proses pembelajaran lebih mudah.

“Anda semua boleh melakukannya jika ada kemahuan. Internet dan teknologi kini menjadikan pengetahuan lebih mudah dicapai,” ujarnya dengan penuh inspirasi.

Ditemani isteri, anak, menantu, dan cucu yang hadir dari Singapura untuk menyaksikan detik istimewanya, Ernest menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Nasihatnya agar generasi muda mahupun warga emas tidak membataskan diri dalam menuntut ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.

“Ini adalah peluang yang UNIMAS sediakan untuk kita. Jangan lepaskan, teruskan belajar, jangan ragu.

“Saya mendapat banyak bantuan dari pensyarah dan kawan-kawan kursus saya,” katanya.

Bercakap tentang masa depannya, Ernest berseloroh bahawa beliau mungkin tidak akan mengejar ijazah kedoktoran, sebaliknya memilih untuk ‘menjaga kebun’ sebagai fokusnya selepas ini.

Namun, semangatnya untuk terus belajar dan berkongsi pengalaman menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang pelajar cemerlang, malah inspirasi kepada ramai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan