Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia Datuk Seri Huang Tiong Sii berucap pada Persidangan Aerosol Asia ke-13 (AAC) 2024. Foto (TVS)

Capai karbon sifar bersih menjelang 2050

ByWilly Jali

KUCHING, 4 Nov: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) berusaha untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050 di Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, ia melibatkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dengan memuktamadkan Strategi Pembangunan Pelepasan Rendah Jangka Panjang (LT LEDS).

“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) mengamalkan pendekatan yang bercita-cita tinggi untuk proses dekarbonisasi dengan komitmen untuk mencapai sifar bersih pelepasan gas rumah hijau (GHG) menjelang tahun 2050.

“Dalam hal ini, kementerian sedang memuktamadkan Strategi Pembangunan Pelepasan Rendah Jangka Panjang (LT LEDS) untuk membimbing Malaysia mencapai sasaran ini,” katanya pada Persidangan Aerosol Asia ke-13 (AAC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Menurutnya, Malaysia berada pada landasan baik untuk mencapai kemajuan signifikan dalam memahami dan mengurus isu kompleks berkaitan aerosol.

Sehubungan itu, Tiong Sii berkata, NRES turut memperkenalkan Peta Jalan Sumbangan yang Ditentukan di Peringkat Nasional (NDC) bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di Malaysia.

“NRES juga sedang (memuktamadkan) Peta Jalan Sumbangan yang Ditentukan di Peringkat Nasional (NDC) untuk merangka laluan pengurangan pelepasan dan mengurangkan 45 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau (GHG) ekonomi secara keseluruhan menjelang tahun 2030 berbanding tahap tahun 2005.

“Inisiatif ini akan membantu mengenal pasti sektor dan pihak berkepentingan tertentu untuk melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah hijau bagi menyumbang kepada pencapaian dan sasaran NDC Malaysia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan