Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bas itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam di kawasan Marchula, Daerah Almora. Foto: AFP

36 maut dalam nahas bas di negeri Uttarakhand, India

ByBernama

NEW DELHI, 4 Nov :Sekurang-kurangnya 36 orang maut dalam nahas sebuah bas di negeri Uttarakhand, India pada Isnin.

Bas itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam di kawasan Marchula, Daerah Almora, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Dehradun.

Bas yang dalam perjalanan dari Garhwal ke Kumaon di kawasan pergunungan itu membawa penumpang melebihi kapasiti 45 orang ketika kejadian, menurut laporan media tempatan.

Ramai penumpang yang cedera dimasukkan ke pelbagai hospital untuk rawatan.

Kerja-kerja menyelamat awal dijalankan penduduk setempat sebelum anggota agensi bencana tiba di lokasi kejadian.

“Saya mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan jalan raya di Almora, Uttarakhand. Saya juga mendoakan agar semua yang cedera segera sembuh,” kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Arahan bagi menyiasat punca kemalangan itu sudah dikeluarkan, kata Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami.

India antara negara yang mempunyai rekod keselamatan jalan raya terburuk di dunia.

Sebanyak 461,312 kemalangan jalan raya direkodkan di India pada 2022, mengakibatkan 168,491 kematian dan kecederaan kepada 443,366 orang, menurut data rasmi.

Kebanyakan kemalangan berpunca akibat kemahiran memandu yang lemah, jalan raya yang kurang diselenggara selain kenderaan yang berusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan