Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Sofbol Sarawak, Aaron Abel Donald (kiri) dan Ketua Pasukan YG Outlaws Sofbol, Wan Ibrahim (kanan). Foto Muhamad Ahnaf (TVS)

Tingkat populariti sofbol di Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 3 Nov: Persatuan Sofbol Sarawak komited untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi.

Presiden Persatuan Sofbol Sarawak, Aaron Abel Donald berkata, Sarawak Invitational Fast Pitch Softball Tournament 2024 merupkan medan terbaik bagi memberi pendedahan sekali gus mencungkil bakat baharu.

Malah menurutnya, kejohanan yang melabuhkan tirai hari ini disertai 11 pasukan dari Kuching, Bintulu, Miri dan negara jiran Brunei Darussalam.

“Kejohanan ini merupakan sebahagian usaha berterusan untuk membangunkan bakat sofbol di Sarawak.

“Kami sangat gembira dengan sambutan yang diterima walaupun diadakan mengikut jempautan pasukan. Kami menghargai sokongan semua termasuk rakan dari Brunei,” katanya kepada TVS semasa Sarawak Invitational Fast Pitch Softball Tournament 2024 di Padang MYSED Pusat Belia Miri hari ini.

Aaron berharap lebih banyak pasukan akan menyertai kejohanan anjuran Persatuan Sofbol Sarawak bagi meningkatkan populariti sukan tersebut.

“Kami ingin melihat sofbol menjadi sukan lebih dikenali di Sarawak. Melalui kejohanan seperti ini, kami berharap dapat meningkatkan minat komuniti setempat terhadap sofbol,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pasukan YG Outlaws dari Brunei, Wan Ibrahim berkata, mereka sangat teruja melihat sambutan untuk kejohanan tersebut dan ia antara yang terbesar pernah disertai.

“Kejohanan ini sangat baik dari segi penganjuran dan berjalan lancar. Kami menikmati suasana pertandingan yang kondusif,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan