Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza jatuh ke dalam gaung di Jalan Tatau-Bintulu. Foto JBPM

Seorang maut, tiga cedera kenderaan jatuh gaung

BINTULU, 3 Nov: Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza jatuh ke dalam gaung di Jalan Tatau-Bintulu di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Sukri Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.33 pagi dengan menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah MPV Toyota Avanza yang jatuh ke dalam gaung.

“Terdapat empat mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang wanita disahkan maut dalam kejadian itu manakala tiga yang lain cedera di bahagian kepala dan patah kaki kiri serta kanan.

*Anggota bomba bertindak membawa kesemua mangsa ke tempat yang selamat serta memberikan rawatan awal.

“Seterusnya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan