Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah FC meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-1 dalam saingan di Stadium Likas di sini malam ini. Foto Sabah Football Club (FB)

Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1

ByBernama

KOTA KINABALU, 3 Nov: Sabah FC meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-1 dalam saingan di Stadium Likas di sini malam ini.

Kemenangan keempat berturut-turut skuad Sang Badak dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada miniit ke-17.

Pada minit ke-27 pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan kencang pemain sayap Mohamad Fazrul Amir setelah berjaya merampas bola daripada pertahanan Sabah FC di kawasan kotak penalti.

Namun belum sampai seminit pasukan KDN FC meraihkan gol penyamaan, pasukan tuan rumah kendalian Datuk Ong Kim Swee sekali lagi berada dihadapan hasil jaringan Muhammad Farhan Roslan yang berjaya menampan masuk tandukan Joao Pedro.

Pasukan tuan rumah semakin garang apabila beberapa lagi percubaan berjaya dihasilkan seterusnya berjaya menghasilkan satu lagi gol melalui tandukan Joao Pedro pada minit ke-45, hasil sepakan percuma Wilkin dan keputusan kekal 3-1 hingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua kedua-dua pasukan masing-masing mengatur serangan, namun pasukan Sabah FC sekali lagi menambah jaringan hasil tandukan Gabriel Peres pada minit ke-61 juga hasil sepakan percuma Wilkin.

Sabah FC beberapa kali lagi melakukan percubaan namun gagal menewaskan penjaga gol KDN FC Mohammad Fikri Che Soh dan keputusan kekal 4-1 sehingga tamat perlawanan.

Sabah kekal di tempat ketiga liga dengan 26 mata manakala KDN FC di tangga ke-12 dengan tujuh mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan