Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerjasama selama puluhan tahun antara Rusia dan Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva bakal berakhir dalam masa terdekat. Foto CERN (FB)

Rusia tarik diri dari CERN, projek penyelidikan sains terbesar dunia

ByBernama

GENEVA, 3 Nov: Kerjasama selama puluhan tahun antara Rusia dan Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva bakal berakhir dalam masa terdekat.

Beate Heinemann, pengarah bahagian fizik zarah di Synchrotron Elektron Jerman di Hamburg, memberitahu agensi berita Jerman (dpa) bahawa hal ini mungkin membawa pelbagai implikasi negatif kepada projek itu.

“Ini bukan bermakna penyelidikan tertentu tidak lagi boleh dijalankan, tetapi ia menyukarkan keadaan dan boleh menyebabkan kelewatan,” katanya.

CERN, yang diasaskan semasa kemuncak Perang Dingin pada 1954, adalah antara kemudahan penyelidikan terpenting di dunia untuk fizik zarah dan menempatkan “particle accelerator” paling kuat di dunia. Ribuan saintis dari puluhan negara terlibat dalam eksperimen CERN.

Kira-kira 1,000 saintis dari Rusia terlibat dalam projek ini, menurut Pengarah Penyelidikan CERN, Joachim Mnich, kepada dpa.

Beliau berkata mereka telah menyumbang dengan berkongsi kepakaran mereka sebanyak mungkin sebelum berundur.

“Kami tidak dapat meneruskan operasi satu daripada “detector component”, namun kami berharap tiada kehilangan besar dalam hasil saintifik.”

CERN memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Rusia dan Belarus sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2023.

“Saintis CERN pernah bekerjasama dengan Rusia ketika Perang Dingin, didorong oleh rasa ingin tahu saintifik dalam suasana damai.

“Itu kini tidak lagi mungkin, dan ia adalah satu kerugian yang amat besar,” kata Markus Klute, ketua Institut Fizik Zarah Eksperimen di Institut Teknologi Karlsruhe kepada dpa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan