Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribuan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS), menuntut agar pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera menjelang pilihan raya presiden dijadualkan pada Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). Foto fail AFP

Ribuan tuntut genosid di Gaza dihentikan dalam protes menjelang pilihan raya AS

ByBernama

WASHINGTON, 3 Nov: Ribuan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS), menuntut agar pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera menjelang pilihan raya presiden dijadualkan pada Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Gelombang protes ini tercetus sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang semakin meningkat oleh tentera penjajah Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa di wilayah berkenaan.

Para peserta melaungkan slogan yang mengecam sokongan AS terhadap penjajahan Israel, termasuk “No votes for genocide,” sebagai respons terhadap sokongan ketenteraan dan kewangan yang berterusan oleh pentadbiran AS sedia ada kepada rejim, hingga mengakibatkan lebih banyak kematian membabitkan orang awam.

Protes ini mencerminkan gerakan yang lebih meluas dalam kalangan ribuan aktivis serta komuniti Arab dan Islam yang mengumumkan boikot terhadap calon-calon dari parti Demokrat dan Republikan.

Sebaliknya, mereka menggesa sokongan kepada calon dari Parti Hijau, Jill Stein yang menentang perang di Gaza dan menyokong hak-hak Palestin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan