Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar bersama pemenang Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi Regata Sarawak 2024. Foto TVS

Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak kekalkan gelaran Raja Sungai

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Nov: Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak menepati ramalan untuk mengekalkan gelaran Raja Sungai sempena Regata Sarawak 2024 yang berlangsung hari ini.

Diwakili Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 3, pasukan lumba perahu tersebut memenangi acara bidar 30 pengkayuh lelaki (tempatan) sekali gus membawa pulang Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sebelum meraih kejayaan tersebut, Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak disaing hebat Landas Azam Kasihnya Warisan 1 di tempat kedua dan Udak di tempat ketiga.

Ia merupakan kejayaan hatrik bagi Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak selepas berjaya merangkul gelaran sama bagi edisi 2022 dan 2023.

Selaku Raja Sungai, Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak turut membawa pulang wang tunai RM30,000 dan piala pusingan.

Landas Azam Kasihnya Warisan 1 dan Udak pula masing-masing memenangi wang tunai RM20,000 serta RM10,000 dan piala pusingan.

Selain itu, Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak turut muncul juara acara bidar 30 pengkayuh lelaki (terbuka) Piala Antarabangsa Borneo selepas mengenepikan cabaran rakan sepasukan di tempat kedua dan Udak di tempat ketiga.

Acara perahu kenyalang 20 pengkayu lelaki (VIP) menyaksikan Udak milik Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim muncul juara.

Perahu milik Udak berjaya menumpaskan Sinaran Ratu Siska milik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Sallehuddin Satar serta perahu milik Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

Sultan Hasanal Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut berkenan hadir menyaksikan beberapa acara akhir serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan