Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung insiden motosikal melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Lok Kawi – Putatan, di sini, awal pagi tadi. Foto Media sosial

Polis buka kertas siasatan insiden motosikal lawan arus

PENAMPANG, 3 Nov: Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung insiden motosikal melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya di Jalan Lok Kawi – Putatan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya melihat rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, rakaman berkenaan memaparkan seorang individu menunggang motosikal secara berbahaya melawan arus.

“Ekoran daripada tindakan penunggang motosikal terbabit menyebabkan kemalangan apabila bertembung dengan sebuah kereta Nissan Almera.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di laman sosial sejak pagi tadi selepas sempat dirakam pengguna jalan raya lain yang melalui jalan berkenaan.

Dalam rakaman berkenaan, motosikal yang ditunggang seorang lelaki itu dilihat bergerak melawan arus dari Putatan menuju ke arah Sabindo, Lok Kawi.

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang maklumat punca penunggang motosikal terbabit bergerak melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan