Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Timur Tengah, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik/RIA Novosti. Foto fail AFP

Pesawat pengebom B-52 milik AS tiba di Timur Tengah

ByBernama

MOSCOW, 3 Nov: Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Timur Tengah, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebelum ini, Pentagon memaklumkan bahawa AS telah menghantar kapal pembinasa, pesawat pengebom dan jet pejuang ke Timur Tengah.

Aset ketenteraan ini akan mula tiba dalam beberapa bulan akan datang, manakala kumpulan “carrier strike” yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln bersiap untuk berlepas ke rantau berkenaan, menurut kenyataan itu.

“Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot telah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS,” kata CENTCOM menerusi platform X.

Pada Sabtu, portal Axios melaporkan dengan memetik sumber, bahawa AS memberi amaran kepada Iran bahawa ia tidak dapat menghalang Israel daripada bertindak balas sekiranya terdapat serangan dari Tehran.

Sebelum ini, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam, Jeneral Ali-Mohammad Naini berkata bahawa Tehran akan memberi respons tegas “di luar jangkaan” Israel terhadap serangan baru-baru ini di wilayahnya.

Di samping itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata bahawa Tel Aviv dan Washington pasti akan menerima tindak balas terhadap tindakan mereka terhadap Iran dan barisan penentangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan