Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 61 tahun yang melakukan aktiviti meluncur air di pulau Maui, Hawaii hilang sebelah kakinya dalam serangan ikan yu, kata polis tempatan, lapor United Press International. Foto fail AFP

Peluncur warga emas putus kaki diserang ikan yu berhampiran pantai Maui

ByBernama

WASHINGTON, 3 Nov: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang melakukan aktiviti meluncur air di pulau Maui, Hawaii hilang sebelah kakinya dalam serangan ikan yu, kata polis tempatan, lapor United Press International.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai polis dan Bomba Daerah Maui, lelaki tempatan itu yang belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa sedang meluncur pada pagi Jumaat di kawasan Waiehu Beach Park yang dikenali sebagai “Sand Piles” ketika serangan berlaku.

Pasukan penyelamat dikerahkan ke pantai pada 7.05 pagi (Jumaat). Apabila mereka tiba, pasukan berkenaan melihat lelaki itu telah berjaya sampai ke pantai dengan bantuan orang awam walaupun kakinya terputus dari paras bawah lutut.

Penolong Ketua Jabatan Bomba dan Keselamatan Awam Maui Jeff Giesea berkata mangsa dalam keadaan sedar semasa dirawat di pantai dan dibawa ke Pusat Perubatan Memorial Maui dalam keadaan kritikal.

Laman GoFundMe yang ditubuhkan oleh ahli keluarga untuk membantu menampung kos perubatan mengenal pasti mangsa sebagai “Kenji.”

Seorang “rakan rapat” mangsa memberitahu KHON-TV bahawa Kenji kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pagi Jumaat, sambil menambah bahawa mangsa telah meluncur di kawasan pantai Waiehu yang sama selama 30 tahun.

Selepas kejadian itu, pintu masuk ke Waiehu Beach Park ditutup dan semua pengunjung pantai diberi amaran agar tidak memasuki air dari Paukukalo ke Waihe’e sehingga diberitahu kelak.

Pegawai Jabatan Bomba Maui membuat rondaan di tempat kejadian dengan bot penyelamat dan mengerahkan dron untuk memantau perairan luar pesisir bagi sebarang aktiviti ikan yu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan