Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Lumba Perahu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dari Negara Brunei Darussalam berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Perahu Terbuka Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki (VIP), Piala Premier Sarawak. Foto Muqri Aziz (TVS)

Pengkayuh Brunei teruja beraksi di Regata Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 3 Nov: Pasukan Lumba Perahu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meraih tempat ketiga kategori Perahu Terbuka Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki (VIP) Piala Premier Sarawak.

Lebih manis lagi, kejayaan itu turut disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berkenan menyempurnakan Majlis Penangguhan Regata Sarawak 2024 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Menurut salah seorang pengkayuh Brunei, Shahrin Kasim, dia tidak menjangka pasukannya dapat melakar kejayaan itu sekali gus meraih posisi podium untuk edisi kali ini.

“Alhamdulillah, penyertaan tahun ini semua meriah dan di luar jangkaan. Kami tidak menjangkakan dapat beraksi bersama dengan juara-juara dari Sarawak, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Penangguhan Regata Sarawak di Tebingan Kuching, hari ini.

Menurut Shahrin, walaupun pada mulanya berlaku perlanggaran dengan pihak lawan namun ia tidak mematahkan semangat pasukan untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga ke garisan penamat.

“Cabaran memang ada semasa perlumbaan berlangsung. Pada peringkat awal memang kami di depan. Tapi di peringkat akhir memang ada berlaku perlanggaran perahu.

“Jadi, ia memang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah kami sampai ke garis penamat,” ujarnya.

Shahrin berkata, pasukan Brunei berhasrat untuk kembali beraksi pada edisi akan datang bagi memburu juara.

Ini merupakan kali kedua pasukan Brunei beraksi di Regata Sarawak selepas memenangi acara bidar 20 pengkayuh lelaki (VIP) pada Regata Sarawak 2017.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan