Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas bintang bola sepak Sarawak, Joseph Kalang Tie bercakap semasa ditemui pemberita semasa Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petroliam Nasional Berhad PETRONAS 2024 di Padang D Stadium Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu. Foto: TVS

Peluaskan pertandingan bola sepak ke kawasan pedalaman Sarawak

KUCHING, 3 Nov: Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) 2024 perlu diperluaskan ke seluruh Sarawak bagi mengetengahkan bakat muda terutama di kawasan pedalaman.

Bekas bintang bola sepak Sarawak, Joseph Kalang Tie berkata, sudah tiba masanya badan korporat yang mempunyai minat dalam bola sepak duduk semeja bagi membincangkan hala tuju mengenai sukan tersebut di Sarawak.

 

Pemain Bola Sepak Profesional, Joseph Kalang Tie. Foto TVS

Menurutnya, Bumi Kenyalang kini mempunyai pemimpin berkaliber seperti Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menjadi penanda aras baik untuk membangunkan sukan bola sepak Sarawak.

“Bukan setakat Petronas, mana-mana badan korporat yang ada kemampuan dan mempunyai visi serta minat dalam bola sepak boleh merealisasikannya untuk Sarawak.

“Sebab Sarawak kita ada ketua yang berkaliber, jadi kita perlu fokus pada 2027 kerana ada Sukan SEA kenapa tidak mulakan dari sekarang kerana kita tak mahu tunggu saat terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) 2024 di Padang D Stadium Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Joseph turut menyeru lebih banyak badan korporat yang meminati bola sepak memberikan kerjasama dalam meningkatkan kualiti sukan tersebut kerana kejohanan anjuran PETRONAS merupakan platform terbaik dalam membangunkan bakat muda.

Tambahnya, dengan kemudahan dan pembangunan bakat terbaik, ia sudah pasti menjadi impian pemain bola sepak di Sarawak untuk mengetengahkan bakat mereka.

“Sebagai anak watan Sarawak, saya cemburu dengan apa yang mereka ada seperti fasiliti, pembangunan bakat muda serta apa yang mereka lakukan.

“Kita cuma sekarang perlu duduk semeja dan bincang apa cara terbaik untuk pembangunan bola sepak negeri Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan