Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelbagai kenderaan perdagangan ditahan untuk pemeriksaan bagi memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi sepenuhnya. Foto IPD Ranau

Lori 10 tan guna tayar botak disaman

RANAU, 3 Nov: Sebuah lori 10 tan yang bergerak menggunakan tayar botak dikenakan saman selepas dikhuatiri membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Saman berkenaan adalah antara tujuh kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di Kilometer 7, Jalan Ranau – Telupid, semalam.

Dalam operasi bermula jam 10 pagi itu, antara saman lain yang turut dikeluarkan adalah lesen tamat tempoh dan tiada lesen GDL.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau itu diketuai Inspektor Roland Ding.

Katanya, operasi dijalankan bagi memastikan semua pengguna jalan raya terutama pemandu serta pengusaha kenderaan berat dan kenderaan perdagangan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Hasil pemeriksaan, antara kesalahan yang dikesan ialah memotong di garisan berkembar, lesen tamat tempoh, tiada lesen GDL, tayar botak, tidak memakai tali pinggang keledar, dan tidak pamer sticker ‘L’.

“Saman turut dikeluarkan terhadap sebuah lori 10 tan selepas didapati menggunakan tayar botak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Mursalin berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut berjaya menahan satu lelaki berusia warga tempatan berusia 41 tahun.

Katanya, suspek ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Suspek dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan selanjutnya dan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, -TVS

Tags: lori, saman, tayar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan