Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerang Mesir #11 Liverpool Mohamed Salah menjaringkan gol kedua pasukan itu semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Brighton and Hove Albion di Anfield di Liverpool, barat laut England pada 2 November 2024. Foto AFP

Liverpool rampas kedudukan Liga Perdana daripada Manchester City

ByBernama

ANKARA, 3 Nov: Liverpool menewaskan Brighton & Hove Albion 2-1 untuk merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City, yang mengalami kekalahan pertama musim ini kepada Bournemouth pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Pemain pertahanan Turkiye, Ferdi Kadioglu, memberi kelebihan kepada pasukan pelawat Brighton pada minit ke-14, namun Liverpool bangkit dalam perlawanan minggu ke-10 di Anfield.

Pemain Belanda, Cody Gakpo, menyamakan kedudukan dengan rembatan kaki kanan dari jarak jauh ke sudut kanan bawah pada minit ke-69, manakala bintang Mesir, Mohamed Salah, menjaringkan gol kemenangan untuk The Reds tiga minit kemudian.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan minggu ke-10, Bournemouth mengejutkan juara bertahan Manchester City dengan kemenangan 2-1 di Stadium Vitality.

Penyerang Inggeris, Antoine Semenyo, menjaringkan gol pertama pada minit ke-9, disusuli jaringan kedua oleh pemain Brazil, Evanilson, pada minit ke-64. Gol tunggal City hadir menerusi tandukan Josko Gvardiol pada minit ke-82.

Liverpool kini mengungguli carta dengan 25 mata, diikuti Manchester City dengan 23 mata. Brighton menghuni tangga ke-7 dengan 16 mata, manakala Bournemouth di kedudukan ke-8 dengan 15 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan