Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden AS dan calon presiden Parti Republikan, Donald Trump (kiri), membuat isyarat ketika tiba di atas pentas untuk berucap semasa perhimpunan kempen di Sports and Expo Center di Macomb Community College di Warren, Michigan, pada 1 November 2024, manakala Naib Presiden AS dan calon presiden Parti Demokrat, Kamala Harris (kanan), berjalan ke pentas semasa tiba untuk perhimpunan kempen di Craig Ranch Amphitheater di Las Vegas, Nevada. Foto AFP

Lebih 75 juta rakyat Amerika mengundi awal menjelang pilihan raya

ByBernama

WASHINGTON, 3 Nov: Lebih 75 juta rakyat Amerika sudah mengundi awal dalam pilihan raya presiden AS, menurut data yang dikeluarkan lewat Sabtu.

Menurut Agensi Anadolu, angka dari penjejak Makmal Pilihan Raya Universiti Florida menunjukkan bahawa 75,093,872 orang mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi.

Lebih ramai pengundi memilih untuk mengundi secara fizikal berbanding melalui pos dalam pilihan raya presiden kali ini.

Jumlah pengundi berdaftar di AS adalah kira-kira 168 juta orang, berbeza dengan 2020 ketika negara itu dilanda pandemik COVID-19.

Calon presiden Demokrat, Kamala Harris, dan pencabarnya dari Parti Republikan, bekas Presiden Donald Trump, mengadakan perhimpunan di negeri-negeri penentu di selatan kurang dua hari sebelum pilihan raya.

Harris mengadakan perhimpunan di Atlanta, Georgia, dan menghadiri acara di Charlotte, North Carolina.

Trump berkempen di Gastonia, North Carolina, sebelum ke Salem, Virginia, dan kembali ke Greensboro, North Carolina.

Sementara itu, Harris dijangka menyertai program televisyen “Saturday Night Live” di New York City, lapor CNN, memetik sumber.

Tinjauan menunjukkan bahawa Harris dan Trump berada dalam persaingan sengit, terutamanya di tujuh negeri utama.

Negeri-negeri penentu ini penting kerana AS tidak memilih presiden secara langsung. Prosesnya berlaku melalui “Electoral College” , dengan 538 wakil mengundi berdasarkan keputusan negeri masing-masing.

Seorang calon perlu memperoleh 270 undi “Electoral College” untuk memenangi pilihan raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan