Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 100 kakitangan BBC menuduh syarikat penyiaran itu memberikan liputan berat sebelah yang memihak kepada Israel dalam laporan mengenai konflik di Gaza, sambil menggesa syarikat itu untuk “kembali kepada prinsip keadilan, ketepatan, dan kesaksamaan. Foto fail AFP

Lebih 100 kakitangan tuduh BBC berat sebelah dalam liputan perang Israel di Gaza

ByBernama

LONDON, 3 Nov: Lebih 100 kakitangan BBC menuduh syarikat penyiaran itu memberikan liputan berat sebelah yang memihak kepada Israel dalam laporan mengenai konflik di Gaza, sambil menggesa syarikat itu untuk “kembali kepada prinsip keadilan, ketepatan, dan kesaksamaan,” lapor Agensi Anadolu.

Surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah BBC, Tim Davie ditandatangani oleh lebih 230 ahli industri media, termasuk 101 kakitangan BBC yang tidak mahu dikenali, wartawan dari organisasi media lain, ahli akademik, pelakon serta ahli politik, menurut laporan yang disiarkan The Independent pada Jumaat.

Surat itu mengkritik BBC kerana dikatakan gagal mengekalkan piawaian editorial dengan kurangnya “kewartawanan yang adil dan tepat berdasarkan bukti dalam liputannya di Gaza.”

Ia turut menggesa BBC untuk melaporkan tanpa rasa takut atau berat sebelah dan menekankan kepentingan piawaian editorial yang tinggi.

“Kesan daripada liputan yang tidak menyeluruh adalah besar. Setiap laporan televisyen, artikel, dan wawancara radio yang gagal mencabar dakwaan Israel dengan tegas telah secara sistematik menghilangkan kemanusiaan rakyat Palestin,” menurut kenyataan dalam surat itu.

BBC menafikan tuduhan terbabit menegaskan bahawa ia “berusaha memenuhi tanggungjawabnya dalam menyampaikan berita yang dipercayai dan tidak memihak.”

“Apabila kami membuat kesilapan atau membuat perubahan pada cara kami melaporkan, kami akan bersikap telus. Kami juga jelas kepada penonton kami mengenai batasan dalam laporan kami – termasuk kekurangan akses ke Gaza dan akses terhad ke sebahagian Lubnan, serta usaha berterusan kami untuk menghantar wartawan ke kawasan berkenaan,” kata jurucakapnya.

BBC adalah antara beberapa organisasi media Britain yang menerima kritikan sepanjang tahun lepas atas liputan mereka mengenai Gaza.

Antara yang menandatangani surat itu termasuk ahli sejarah William Dalrymple, Catherine Happer, pensyarah kanan sosiologi dan pengarah media di Universiti Glasgow, Rizwana Hamid, pengarah di Pusat Pemantauan Media, dan penyiar John Nicolson, menurut laporan The Independent. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan