Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese. Foto fail AFP

Krisis inflasi terburuk Australia berakhir – PM Albanese

ByBernama

CANBERRA, 3 Nov: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese telah mengisytiharkan bahawa krisis inflasi terburuk di negara itu telah berakhir, lapor Xinhua.

Bercakap pada satu acara di Australia Selatan pada Ahad, Albanese berkata rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Australia pada Rabu, indeks harga pengguna (CPI), ukuran utama inflasi di Australia meningkat sebanyak 0.2 peratus pada suku ketiga 2024, merangkumi tempoh dari awal Julai hingga akhir September.

Ia menandakan peningkatan CPI suku tahunan terendah sejak tempoh tiga bulan berakhir pada Jun 2020.

“Saya tahu pekerja, keluarga dan perniagaan kecil semuanya telah melalui saat yang sukar, tetapi walaupun masih ada cabaran yang perlu dihadapi, masih ada masalah yang perlu diselesaikan, dan masih ada orang yang tertekan dan memerlukan bantuan kita, apabila kita melihat ekonomi hari ini, kita dapat melihat sebab baharu untuk optimis dan bukti baharu bahawa yang terburuk telah berlalu,” kata Albanese pada Ahad.

CPI meningkat sebanyak 2.8 peratus dalam tempoh 12 bulan sehingga akhir September, angka tahunan terendah pada akhir suku tahun sejak Mac 2021.

Kadar inflasi tahunan Australia mencapai kemuncak tertinggi dalam 32 tahun iaitu 7.8 peratus dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada Disember 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan