Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rosey melakukan simbolik menuang padi ke dalam nyiru, pada Majlis Makan Tahun Kedayan Daerah Lawas 2024. Foto TVS

Kerjasama rakyat sumbang kepada kejayaan Sarawak

LAWAS, 3 Nov: Pengiktirafan Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi pada tahun 2023 dan 2024 oleh Bank Dunia disumbang usaha dan kerjasama rakyat secara keseluruhan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif Sarawak untuk memacu kedepan dengan memberi fokus kepada ekonomi baharu turut mendapat perhatian dunia.

Menurutnya, setiap rakyat perlu berusaha keras untuk terus mengekalkan pengiktirafan tersebut sekali gus memastikan pembangunan berterusan dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan semua.

“Sudah tentu, kita tidak mahu rakyat di Lawas ini ketinggalan. Kita harus mempersiapkan diri agar dapat bersama memainkan peranan untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Setiap dari kita mempunyai peranan penting dalam usaha ini dan dengan komitmen serta usaha yang bersungguh-sungguh, kita pasti akan berjaya,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus pada Majlis Makan Tahun Kedayan Daerah Lawas 2024 di Ulu Merapok Service Centre, Lawas hari ini.

Awang Tengah berkata, pertanian merupakan salah satu sektor yang disenaraikan sebagai pemboleh ubah di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030).

“Sarawak mempunyai matlamat untuk menjadi pengeksport makanan menjelang 2030 disamping mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,”ujarnya.

Menurutnya, generasi baharu perlu bijak mencari peluang dan menggunakan teknologi untuk meningkatkan pendapatan serta memasarkan produk secara lebih berkesan.

“Teknologi adalah kunci kepada pertumbuhan dan kemajuan dalam sektor ini. Kerajaan Sarawak akan terus menyediakan fasiliti pendidikan yang baik kerana kita sedar kunci untuk perubahan adalah dengan sistem pendidikan yang baik,” jelasnya.

Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak turut bercadang memberikan pendidikan tinggi secara percuma menjelang 2026 bagi membina kapasiti pendidikan anak tempatan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk membawa ekonomi kita terus berkembang dan memastikan setiap rakyat mendapat peluang sama rata,” kata Awang Tengah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan