Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussem Lamoh menyampaikan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksklusif TVS Kushairi Abang. Foto: TVS

Kecemerlangan TVS dalam bidang penyiaran diiktiraf

KUCHING, 3 Nov: Kecemerlangan TVS dalam bidang penyiaran mendapat pengiktirafan pada Anugerah Personaliti dan Keusahawanan Cemerlang Borneo (Borneo Best Award 2024) yang berlangsung di Penview Hotel malam tadi.

TVS merangkul Anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Industri Penyiaran yang diterima Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kushairi Abang.

Borneo Best Award 2024 merupakan majli anugerah yang mengiktiraf pencapaian syarikat atau organisasi cemerlang dalam aspek kepimpinan, pertumbuhan perniagaan dan kemampanan.

Ia termasuk menghargai dedikasi individu yang memberi impak dalam industri masing-masing dengan memberikan penghormatan kepada mereka yang menujukkan komitmen dan sumbangan cemerlang dalam menetapkan standard kecemerlangan baharu untuk menjadi inspirasi kepada orang lain.

Sebanyak 37 anugerah disampaikan termasuk Best Emerging Woman Ceo Awards In Cleaning Services Industry, Best Rising Star Ceo Awards In Biotechnology, Agriculture, R&D Industry, Best Young Entrepreneur Award In Retail Chain & Lifestyle Industry dan banyak lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan