Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ Cawangan Miri menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) di sekitar bandar Miri semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Miri keluarkan 46 notis ketidakpatuhan

MIRI, 3 Nov: Unit Operasi dan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) di sekitar Bandar Miri semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesan beberapa kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (cukai jalan) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran kenderaan dan kesalahan teknikal yang lain.

“Sebanyak 241 kenderaan diperiksa dan sebanyak 46 notis ketidakpatuhan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal ini,” menurut kenyataan tersebut.

JPJ Sarawak menyeru semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan setiap masa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan