Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bergmbar pada Majlis Penutupan SMD IC Design Make A Thon 2024 di University Swinburne Kampus Kuching di Kuching pada Ahad. Foto: TVS

Ibu bapa bantu pupuk minat anak dalam STEM

KUCHING, 3 Nov: Ibu bapa di Sarawak memainkan peranan penting memupuk minat anak-anak dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia perlu dilakukan dengan tunjuk ajar, galakan dan sokongan terhadap keputusan awal anak-anak dalam memilih bidang pendidikan terbaik untuk diceburi.

Menurutnya, ibu bapa bertanggungjawab membantu anak-anak dengan mendedahkan mereka terhadap bidang STEM.

“Sebagai ibu bapa, kita memegang peranan penting dalam membentuk masa depan anak-anak kita dengan bimbingan, dorongan dan sokongan dalam keputusan terawal tentang aspirasi dan kerjaya yang diingini mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan SMD IC Design Make A Thon 2024 di University Swinburne Kampus Kuching di Kuching pada Ahad.

Tambahnya, ibu bapa perlu sentiasa mencari maklumat dan peka terhadap industri baharu selain mempunyai peluang dalam membina kerjaya untuk masa hadapan.

“Sebagai guru pertama kepada anak-anak, mereka perlu sentiasa menggalakkan generasi muda untuk meneroka bidang bukan sahaja sejajar dengan minat malah perlu relevan dengan tuntutan dengan permintaan tenaga kerja kelak.

“Kita perlu menggalakkan anak-anak kita meneroka bidang yang bukan sahaja sejajar dengan minat mereka tetapi relevan dengan tuntutan pekerjaan pada masa hadapan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan