Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Majlis Penutupan SMD IC Design Make A Thon 2024 di University Swinburne Kampus Kuching di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Anak Sarawak mula tunjuk minat dalam bidang STEM

KUCHING, 3 Nov: Program IC Design Make-A-Thon 2024 anjuran Semikonduktor Reka Bentuk Mikroelektronik Sarawak (SMD) berupaya menanam minat golongan muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemaik (STEM).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penganjuran program tersebut membuktikan ramai anak Sarawak mula menunjukkan minat mempelajari dan mendalami bidang berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) mempunyai pelbagai program bagi memberi pendedahan tentang STEM.

“Semangat yang ditunjukkan anak-anak muda ini adalah tanda jelas minat mendalam mereka dalam STEM.

“Reka Bentuk Cip SMD Make-A-Thon ialah bahagian penting dalam usaha kami dalam pendidikan STEM di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan SMD IC Design Make A Thon 2024 di University Swinburne Kampus Kuching di Kuching pada Ahad.

Penganjuran program IC Design Make-A-Thon 2024 sebelum ini dianjurkan di Miri dan Sibu.

Secara keseluruhan, sebanyak 30 sekolah dan universiti menyertai pertandingan tersebut iaitu masing-masing sebanyak 10 di Miri, Sibu dan Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan