Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Titian Perpaduan Sarawak di Taman Bulatan Miri yang berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Titian Perpaduan Sarawak kukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari merasmikan Titian Perpaduan Sarawak di Taman Bulatan, Miri.

Reka bentuk jambatan perpaduan atau dikenali sebagai Titian Perpaduan itu diilhamkan daripada jambatan buluh tradisional yang terdapat di kebanyakan kawasan luar bandar Pulau Borneo.

Uniknya Titian Perpaduan diukir dengan ayat “Apa Khabar?” dalam 71 bahasa dan dialek berbeza mewakili pelbagai komuniti yang hidup “Segulai Sejalai” di Sarawak.

Ia membuatkan Titian Perpaduan berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Taste of Borneo Cultural Carnival 3.0 (2024) Harry Lee Tian Song berkata, beliau bangga sebagai rakyat Sarawak yang kaya dengan etnik dan dialek.

“Jambatan ini melambangkan kerjasama antara semua kaum yang menunjukkan perpaduan sebenar dalam kepelbagaian merentasi budaya, agama dan bahasa. Kita Melayu, Cina, Iban, Orang Ulu dan lain-lain tetap bersatu, kita bekerjasama dan akhirnya boleh mencapai sesuatu yang bermakna.

“Di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang memiliki perpaduan sejati dalam kepelbagaian, sama seperti hari ini acara ini, kita semua berganding bahu bersama-sama, kita menjayakan acara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Titian Perpaduan Sarawak, di sini hari ini.

Titian Perpaduan melambangkan kejayaan mengatasi perpecahan yang dahulunya memisahkan komuniti yang duduk berhampiran sungai atau sesuatu kawasan.

Ia berdiri sebagai lambang kekuatan Perpaduan dalam Kepelbagaian.

Titian Perpaduan direka bentuk dan dibina dalam tempoh enam bulan dan kini ia di bawah seliaan Majlis Bandaraya Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan