Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 26 kilogram (kg) dadah disyaki ganja yang dirampas menerusi serbuan di sebuah tempat letak kereta di Gelugor di sini semalam. Foto IPK Pulau Pinang

Tiga individu diberkas bersama 26 kg ganja

GEORGE TOWN, 2 Nov: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas memberkas tiga individu bersama hampir 26 kilogram (kg) dadah jenis ganja menerusi serbuan di sebuah tempat letak kereta di Gelugor di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 49 tahun itu ditahan menerusi serbuan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 pagi.

Katanya, polis menemukan sebanyak 25 ketulan mampat dadah tersebut.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas satu kotak berwarna coklat bertulisan Thailand dengan pita peleket di dalamnya mengandungi 20 ketulan dadah jenis ganja berbalut kertas berwarna merah seberat 20.7 kg.

“Turut dirampas, satu beg kain hitam mengandungi lima ketulan dadah dibalut kertas berwarna merah disyaki ganja seberat 5.2 kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jumlah dadah terbabit dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 60,000 penagih.

Katanya, siasatan lanjut mendapati aktiviti tersebut dipercayai aktif sejak pertengan tahun ini.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif sebarang jenis dadah.

“Kesemua tangkapan juga turut didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya lagi.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek direman selama seminggu sehingga 8 November depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan