Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Julaihi merakam gambar kenangan selepas melakukan gimik penanaman semula kelapa panda. Foto TVS

RM35 juta diperuntukkan untuk projek penanaman semula kelapa

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

SEBUYAU, 2 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM 35 juta bagi fasa pertama untuk menjalankan menjalankan projek penanaman semula kelapa di dua kawasan di Sebuyau.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perojek penanaman semula kelapa itu melibatkan beberapa benih kelapa antaranya kelapa pandan, tacunan dan Matag.

Menurutnya, projek tersebut turut melibatkan penubuhan Makmal Penyelidikan Kelapa di Sebuyau yang merupakan ilham Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dua tahun lalu.

“Kita telah mengadakan beberapa mesyuarat dan kita juga telah mengadakan beberapa lawatan tapak dan beberapa siri perbincangan sehingga membentangkan anggaran yang diperlukan untuk menjadikan Makmal Penyelidikan ataupun penyelidikan berasaskan kelapa di kawasan Sebuyau menjadi realiti

“Dengan pembentangan yang kita lakukan kepada Yang Amat Berhormat (Premier Sarawak) pada 26 Mac yang lepas, kita telah memberi penjelasan keseluruhan kaedah untuk melaksanakan Makmal Penyelidikan berasaskan penanaman semula kelapa di kawasan Sebuyau,” katanya.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Projek Perintis, Makmal Penyelidikan Agro Kelapa Sebuyau Fasa 1 di Ladang Kelapa, Kampung Arus Melayu Sebangan pada Sabtu.

Menurutnya, dana tersebut turut diluluskan pada tarikh yang sama dengan kawasan seluas 100 hektar diperuntukkan bagi aktiviti penanaman semula kelapa manakala 10 hektar diserahkan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk penyelidikan.

Ladang tersebut seluas 3.4 hektar adalah sebahagian daripada 25 hektar yang diperuntukkan di bawah projek perintis tersebut dengan sebahagian lain terdapat di kawasan sekitar dan Kampung Tebelu, Sebuyau.

Selain Kampung Arus Melayu Sebangan, Kampung Tebelu Sebuyau dan Kampung Sampat Sebangan turut terlibat dalam fasa satu projek tersebut melibatkan kawasan seluas 26.66 hektar.

Julaihi menambah, menerusi projek penanaman semula kelapa itu, kaedah penanaman moden menggunakan benih dan teknologi baharu akan digunakan.

Hadir sama Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Residen Bahagaian Samarahan Mohammad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan