Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans berhampiran tanah perkuburan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan dari pesawat kepada sesiapa yang cuba mendekatinya. Foto fail AFP

Ribuan di utara Gaza tiada akses bantuan kemanusiaan, rawatan perubatan – Pertahanan Awam Gaza

ByBernama

GAZA, 2 Nov: Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal memberi amaran bahawa ribuan penduduk kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan di utara Gaza susulan operasi pasukan penyelamat terjejas teruk akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut.

Dalam kenyataan kepada agensi berita Qatar (QNA), Basal merayu kepada masyarakat antarabangsa dan institusi kemanusiaan termasuk Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membolehkan pasukan Pertahanan Awam menjalankan tugas kemanusiaan mereka.

Beliau menegaskan keperluan untuk membenarkan kenderaan bomba dan penyelamat kembali beroperasi, sambil menyatakan bahawa tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans berhampiran tanah perkuburan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan dari pesawat kepada sesiapa yang cuba mendekatinya.

Selama 28 hari berturut-turut, utara Gaza khususnya kem Jabalia dan Beit Lahia berdepan pengeboman, kepungan dan kelaparan, lapor QNA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan